KUALA TERENGGANU, 26 APRIL: Seorang guru bukan sahaja kempunan merasa keenakan mangga Harumanis, malah berputih mata selepas wang simpanan RM9,998.52 lesap ditipu sindiket pembelian dalam talian yang tidak wujud.
PETALING JAYA, 25 APRIL: Dua lelaki didenda masing-masing RM300 dan RM350 oleh dua Mahkamah Majistret di sini kerana membuat kacau ganggu semasa sambutan Pesta Songkran di sebuah pusat beli-belah di Damansara, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Seorang ibu dua anak yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri pelbagai barangan runcit, menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi hari ini membebaskannya setelah hukuman dikurangkan kepada penjara enam hari.
SHAH ALAM, 25 APRIL: Suspek kes tikam yang dipercayai berpunca daripada perebutan tempat meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 di sini semalam direman tujuh hari sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis merampas lebih 75 kilogram bunga ganja bernilai RM2.64 juta dipercayai untuk dipasarkan ke negara Eropah, dalam pemeriksaan ke sebuah rumah sewa yang dijadikan stor penyimpanan di Bukit Changgang, Banting, Selangor.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu Perolehan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i) yang turut melibatkan dua pegawai polis.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Seorang lelaki maut ditikam dipercayai akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini tengah hari tadi.
CYBERJAYA, 24 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik lelaki itu.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Polis akan memanggil seorang pelakon lelaki bagi membantu siasatan kes memukul teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Seramai 15 individu masing-masing didenda antara RM800 hingga RM3,500 oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini kerana memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah kapal tangki serta 16 anak kapal kerana berlabuh tanpa kebenaran di Pulau Pintu Gedong, Klang, semalam.
JOHOR BAHRU, 23 APRIL: Kanak-kanak perempuan maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Adda 5 di Taman Adda Heights di sini, tengah malam tadi.
KOTA BHARU, 23 APRIL: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,400 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.
JERTIH, 22 APRIL: Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau sehingga mengalami kerugian sebanyak RM7,000 di Kampung Hutan Nangka, di sini semalam.
SEREMBAN, 22 APRIL: Pemandu Honda Jazz yang memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan tiga remaja maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1 hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini.
PETALING JAYA, 22 APRIL: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan.
BEAUFORT, 22 APRIL: Bayi perempuan ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Brunei, dekat Membakut, di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 44 warga asing termasuk lima wanita atas pelbagai kesalahan dalam tiga serbuan di negeri ini semalam.
JOHOR BAHRU, 22 APRIL: Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun di sebuah rumah di Plentong Baru dekat sini, kira-kira 2.30 pagi semalam, susulan video tular memaparkan seorang lelaki dipukul.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.