Empat anggota polis direman lima hari bantu siasatan kes rasuah

7 Apr 2026, 4:15 AM
Empat anggota polis direman lima hari bantu siasatan kes rasuah

KOTA BHARU, 7 APRIL: Empat anggota polis direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya.

Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Kelantan itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berumur lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan antara 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam di pejabat masing-masing.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025.

"Keempat-empat suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.