Wanita warga emas meninggal dunia dalam bas

8 Apr 2026, 1:37 AM
Wanita warga emas meninggal dunia dalam bas

SHAH ALAM, 8 APRIL: Seorang wanita warga emas meninggal dunia ketika menaiki bas henti-henti dalam perjalanan ke Muar di Bukit Gambir semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu bas pada jam 10.45 pagi selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri di tempat duduk.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berusia 64 tahun itu menaiki bas berkenaan untuk ke Muar sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Gambir yang dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Tangkak untuk tindakan lanjut dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat masalah jantung,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9785222 bagi membantu siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.