ad

Belanjawan Selangor 2026: Pacu ekonomi, fokus pelaburan, industri baharu

16 Nov 2025, 12:00 AM
Belanjawan Selangor 2026: Pacu ekonomi, fokus pelaburan, industri baharu
Belanjawan Selangor 2026: Pacu ekonomi, fokus pelaburan, industri baharu
Belanjawan Selangor 2026: Pacu ekonomi, fokus pelaburan, industri baharu
Belanjawan Selangor 2026: Pacu ekonomi, fokus pelaburan, industri baharu
Belanjawan Selangor 2026: Pacu ekonomi, fokus pelaburan, industri baharu

SHAH ALAM, 16 NOV: Belanjawan Selangor 2026 memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur ekonomi negeri melalui pelaburan strategik, pemacuan industri baharu, pendigitalan, peningkatan hasil mampan serta pembangunan ekosistem keusahawanan dan pekerjaan.

Kerajaan Negeri menekankan keperluan membina ekonomi yang lebih tahan krisis global, berupaya bersaing dalam sektor bernilai tinggi dan pada masa sama memastikan manfaat pertumbuhan dirasai rakyat.

Berikut adalah ringkasan inisiatif Tekad Pertama dalam Belanjawan Selangor 2026.

1. Selangor International Business Summit

  • Rekod transaksi RM8.17 billion tahun ini, tertinggi dicapai dalam anjuran SIBS

  • SIBS akan dibawa ke negara lain di rantau Asean

2. Selangor Soft Landing Programme dan Selangor Lab Partnership

  • Selangor Soft Landing Programme Berjaya bawa masuk 13 syarikat pelabur

  • Selangor Lab Partnership terima penyertaan enam syarikat dalam bidang sains hayat

3. SME-Investors Linkages

  • Inisiatif baharu hubung syarikat tempatan dengan pelabur asing

  • Peruntuk RM15 juta

4. Wilayah Pembangunan Ekonomi

  • Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS)

  • Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA)

  • Gerbang Maritim Selangor (SMG)

5. Integrated Development Region in South Selangor

  • Negeri lulus 13,085 ekar merangkumi sembilan projek khas IDRISS

6. Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA)

  • Dana padanan berjumlah RM10 juta

7. Gerbang Maritim Selangor (SMG)

  • Bina 970 unit rumah mampu milik, 2,433 unit rumah harga bebas

8. Managed Industrial Park

  • Sedia tanah 3,710 ekar bina tujuh Managed Industrial Park

9. Dasar Speed Selangor

  • PBT tubuh unit khas urus projek di bawah Dasar Speed Selangor

10. Selangor Aero Park

  • Sedia ruang bagi syarikat dalam bidang aeroangkasa, logistic

11. Automotive Valley Serendah-Lembah Beringin

  • Beri tumpuan kenderaan petrol, diesel, hybrid dan tenaga elektrik

  • Chery labor RM2.2 billion bangun Chery Smart Auto Industrial Park

12. Hab Industri Rel

  • Bangun Hab Industri Rel di Hulu Selangor

13. Malaysia Semiconductor IC Design Park 1 dan 2

  • Negeri kerjasama dengan persekutuan

  • Pusat kedua di Cyberjaya

14. Dana Semikonduktor Selangor

  • Peruntuk dana suntikan RM40 juta

15. Dasar Kandungan Tempatan

  • Sasar 30 peritus kandungan tempatan libat komponen seperti pelayaran, rangkaian, system kecekapan tenaga

16. Jawatankuasa Kerja Bersama Tenaga Nuklear Selangor

  • Teroka teknologi tenaga boleh baharu dan tenaga bersih

  • Peruntuk RM1 juta sebagai insentif tambahan

  • Syarikat China General Nuclear (CGN) tawar biasiswa kepada 25 anak Selangor bernilai RM3.7 juta

17. Ekonomi Kreatif

  • Peruntuk RM1 juta melalui Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif

18. Industri Halal

  • Peruntuk RM200,000 inovasi Sistem Semakan Digital Pantas

  • RM900,000 untuk pemadanan usahawan, promosi melalui Halalfest

19. Keterjaminan Makanan

  • RM4.85 juta untuk keterjaminan bekalan makanan

  • RM9.5 juta kukuh indsutri asas tani negeri

20. Caj Abstraksi Air

  • Sehingga Oktober 2025, negeri terima RM33.61 juta daripada sasaran RM70 juta

  • LUAS guna hasil ini tingkat kualiti air

21. Masterplan Dark Fibre

  • Sistem rangkaian gantian optik berkelajuan tinggi sepanjang 889 kilometer

  • Peruntuk RM1 juta bangun pelan induk

22. Tabung Amanah Sumbangan Anak Syarikat/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan Negeri

  • Sasar RM45 juta perolehan menerusi dividen anak syarikat serta agensi Kerajaan Negeri

23. Akaun Belum Terima Cukai Tanah/Cukai Petak

  • Bangun sistem cukai ABT Tracker

24. Inisiatif Cukai Hiburan 2026

  • Negeri kecualikan cukai hiburan ke atas program kesenian keagamaan

  • Kurangkan duti hiburan sebanyak 50 peratus

  • Kecuali cukai hiburan untuk taman tema bagi warga emas, orang kurang upaya, kanak-kanak berumur tidak lebih 5 tahun

25. PLATS Biaya Plus

  • Bangun PLATS Biaya Plus tawar pinjaman tanpa faedah RM10,000 kepada 600 usahawan PLATS

26. DANA Plus

  • RM5 juta diperuntuk untuk DANA Plus

27. Dana Usahawan Madani Selangor

  • Peruntuk RM2 juta

  • Dana untuk pembelian mesin dan peralatan sehingga RM30,000 seorang

28. Promosi Usahawan

  • RM1 juta untuk tujuan promosi produk buatan Selangor

29. Selangor Career Outreach Programme (SCOUT)

  • Kolaborasi antara pihak akademia, industri terpilih dengan bakal graduan

30. Karnival Kerjaya Jobcare

  • Peruntuk RM1 juta