KUALA LUMPUR, 6 MAC: Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.
JOHOR BHARU, 5 MAC: Polis menahan 14 lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan (sports hub) di Jalan Austin Heights di sini, awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah ditahan bersama beberapa jenis bahan terlarang itu di susur keluar tol Lembah Beringin, Hulu Selangor, Sabtu lepas.
SHAH ALAM, 4 MAC: Polis merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang guru lelaki sebuah sekolah di Dengkil, Sepang dipercayai mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan anak muridnya berusia 12 tahun.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Taktik licik sindiket memproses kartrij vape mengandungi dadah menjadikan inap desa sebagai stor penyimpanan, terbongkar menerusi serbuan di sekitar Lembah Klang pada 26 Feb lepas, melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM11.53 juta.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Polis menahan reman pasangan suami isteri yang merupakan pengasuh selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Kepong, semalam.
SEREMBAN, 4 MAC: Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung satu video tular menghasut rakyat Malaysia untuk menentang pasukan keselamatan itu yang dimuat naik menerusi media sosial, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Polis sedang menyiasat kemungkinan 47 kilang sisa elektronik dan elektrik (e-sisa) beroperasi secara haram yang diserbu dalam operasi di seluruh negara baru-baru ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.
KOTA BHARU, 27 FEB: Kematian kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi akan disiasat secara teliti kerana dikhuatiri ada unsur kecuaian, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
KANGAR, 27 FEB: Lelaki memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang disyaki menetak bapanya berusia 73 tahun di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis dekat sini pada Isnin lepas, direman tiga hari bermula hari ini.
TANAH MERAH, 26 FEB: Kehilangan bayi lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini sejak Isnin lepas, diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, tanpa sebarang unsur jenayah dikesan setakat ini.
NILAI, 26 FEB: Seorang juruteknik wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua lori tanpa muatan di Jalan Persiaran Nilai di sini hari ini.
GEORGE TOWN, 26 FEB: Polis berjaya menumpaskan geng kes pecah rumah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.
SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri menyambut baik saranan polis agar syarat baharu permit penganjuran konsert dan aktiviti hiburan diperketat termasuk meletak papan tanda ‘tidak kepada dadah’.
SHAH ALAM, 24 FEB: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada pertandingan seni bela diri campuran (MMA) di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di sini semalam.
SHAH ALAM, 24 FEB: Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
MELAKA, 24 FEB: Seorang wanita berumur 52 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Seri Pokok Mangga di sini semalam.
NARATHIWAT, 24 FEB: Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 23 FEB:Polis membuka 15 kertas siasatan membabitkan nilai kerugian RM638,205 berhubung kes penipuan program pelaburan saham yang didalangi individu bergelar "Datuk".
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.