ad

Kes bunuh dua beranak: Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari

25 Okt 2025, 4:50 AM
Kes bunuh dua beranak: Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari

BUKIT MERTAJAM, 25 OKT: Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini hingga 31 Okt mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek utama ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan mati dalam rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, dengan mayat wanita itu di dapur dan kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Polis turut menahan suami mangsa berusia 57 tahun bagi membantu siasatan.