KUALA LUMPUR, 2 JAN: Perjuangan lebih 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mendaftar bagi menduduki ujian bertulis di 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara, bermula hari ini.
BATU PAHAT, 2 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) mengenal pasti sebanyak 133 pusat peperiksaan alternatif untuk dijalankan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di enam negeri sekiranya berlaku banjir.
PUTRAJAYA, 7 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
PASIR MAS, 2 DIS: Kementerian Pendidikan akan mempertimbang cadangan agar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan di luar musim tengkujuh.
PASIR MAS, 1 DIS: Rata-rata pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada esok yang terjejas akibat banjir di Rantau Panjang, di sini, memohon Kementerian Pendidikan agar mempertimbangkan untuk menangguhkan menduduki peperiksaan itu.
SHAH ALAM, 11 NOV: Seramai 589 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Seminar Skor A+ anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Selangor.
SHAH ALAM, 8 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menaja langganan aplikasi pendidikan digital kepada 240 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Selari dengan perubahan dasar pendidikan negara dan akses pendidikan ke peringkat menengah atas, had kelayakan minimum bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam kini ditetapkan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar sekolah, khususnya kalangan keluarga berpendapatan rendah kini boleh belajar di kelas tambahan tanpa yuran menerusi telefon pintar atau tablet masing-masing.
SHAH ALAM, 13 JULAI: Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyerahkan insentif kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang memperoleh keputusan cemerlang.
PUTRAJAYA, 1 JULAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau program melalui UPUOnline.
KUALA LUMPUR, 24 JUN: Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan antara dua lelaki yang ditahan, kerana disyaki melakukan khianat dengan membaling batu pada cermin bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak Perak.
SHAH ALAM, 20 JUN: Seramai 31 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa dirai dalam satu acara semalam.
SHAH ALAM, 12 JUN: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia diberi ganjaran wang tunai bagi meraikan kejayaan mereka.
KUALA LUMPUR, 6 JUN: Rata-rata pelajar yang pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti melalui dilema ke mana hala tuju selepas mendapat keputusan, sama ada terus bekerja atau menyambung pengajian ke menara gading.
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Tiada pembimbing sehingga terpengaruh dengan dakyah segelintir pempengaruh media sosial bahawa boleh berjaya dan kaya tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat antara faktor menyumbang kepada statistik lebih 10,000 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
PUTRAJAYA, 27 MEI: Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
NIBONG TEBAL, 10 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).
PUTRAJAYA, 9 MEI: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara berjalan lancar termasuk di negeri terjejas banjir iaitu Pahang dan Terengganu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.