ad
AGENDA

KPM: Semakan keputusan program matrikulasi sesi 2025/2026 mulai hari ini

21 Mei 2025, 1:42 AM
KPM: Semakan keputusan program matrikulasi sesi 2025/2026 mulai hari ini

PUTRAJAYA, 21 MEI: Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Sesi 2025/2026 boleh disemak mulai hari ini, bermula pukul 10 pagi.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa semakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh dibuat menerusi laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran secara dalam talian akan dibuka bermula esok (22 Mei) hingga 21 Jun melalui laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.

“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan bahawa pelajar yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang sama, mulai hari ini hingga 21 Jun.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun ini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.