Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2025

3 Nov 2025, 5:59 AM
Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2025

SHAH ALAM, 3 NOV: Perdana Menteri mengucapkan selamat maju jaya kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang bermula hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inilah saat untuk mereka menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, malam tanpa lena, serta setiap doa yang tidak pernah putus selama ini.

“Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-Allah, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian.

“Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 413,372 calon SPM 2025 akan menduduki peperiksaan bermula 3 November hingga 23 Disember di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Selain itu, seramai 127,526 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.