Kebetulan

31 Jan 2026, 2:29 PM
Kebetulan

Terlalu lama tidak berjumpa

sudah hilang topik serasi

setakat tinggal borak kosong

tapi masih bersyukur

kerana bersua secara kebetulan

topik anak menantu dan cucu

topik pencen atau masih bekerja

topik harta – itu mampu dikira

topik bahagia – itu setakat bidalan

topik yang selebihnya

binatang buas menghirup susu

helang bermain di sisi ayam

ikan yu lemas dan tenggelam

serigala sudah mengantuk dan nyanyuk

ular berbisa tercabut daya sambar petir

kera sudah hilang lincah dan cerdas

burung merak membuang bulu dan ekor

kelawar dan keluang sudah berhijrah dari gua

kemudiannya sudah habis topik perbualan

tinggal batuk pura-pura atau ketawa tawar

kita minta diri dan pulang ke rentak hidup rutin.

Lee Keok Chih