di balai malam,
kunang-kunang bersidang
di atas meja kabut.
juri-juri mengangkat palu
daripada bayang,
mengukur terang
dengan neraca angin.
setiap kunang-kunang
menyerah nyala sendiri –
sebutir api kecil
dari saku usia.
ada yang gugur
sebelum sempat berkilau,
ada yang menang
kerana sabar berkelip.
aku di penjuru gelap
mencatat keputusan malam:
juara adalah yang paling setia
kepada sekejapnya hidup.
Ibnu Arrazy


