KUALA LUMPUR, 9 DIS: Agensi yang menawarkan pakej "Trip Nikah di Thailand" boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Enam cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah ambulans di Jalan Kajang Perdana, Kajang pagi tadi.
PUTRAJAYA, 9 DIS: Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.72 juta orang pada Oktober lepas daripada 16.69 juta orang direkodkan pada September, menurut Statistik Tenaga Buruh Oktober 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
TUMPAT, 8 DIS: Sebanyak 90 penternak ikan dalam sangkar di Laguna Sri Tujoh di sini mengalami kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini.
ALOR SETAR, 9 DIS: Penduduk terjejas banjir terutama di sekitar daerah ini mula kembali ke kediaman masing-masing untuk melakukan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan tindakan menghalang akses terhadap 3,553 laman web yang didapati melanggar perundangan di bawah Akta Hak Cipta 1987 berkaitan aktiviti cetak rompak sejak 2021 hingga Oktober lepas.
SUNGAI PETANI, 9 DIS: Sebuah syarikat didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membina loji kitar semula sisa pepejal tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Julai lepas.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan kesulitan menyerap guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada perjawatan gred tetap adalah kerana syarat yang tidak dipenuhi seperti masa bekerja mereka.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, Johor dan Kelantan terus berkurangan pagi ini berbanding semalam manakala di Perak meningkat sedikit dan Melaka kekal.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Cadangan Dasar Ekonomi Penjagaan Negara dan kuota guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 DIS: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.
TAIPING, 8 DIS: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR, 8 DIS: Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
PUTRAJAYA, 8 DIS: Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 DIS: Situasi banjir di lima negeri menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) turun mendadak petang ini.
SHAH ALAM, 8 DIS: Tujuh daerah negeri ini iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 9 malam.
GEORGE TOWN, 8 DIS: Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti perikanan di perairan Pulau Pinang petang semalam, ditemukan meninggal dunia hari ini.
PUTRAJAYA, 8 DIS: Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
PASIR MAS, 8 DIS: Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.