ad

Sultan, Permaisuri ucap Selamat Hari Malaysia, doa negara kekal makmur

16 Sep 2025, 5:26 AM
Sultan, Permaisuri ucap Selamat Hari Malaysia, doa negara kekal makmur

SHAH ALAM, 16 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025 kepada seluruh rakyat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga mendoakan agar semangat perpaduan, keamanan dan kemakmuran di semua negeri dalam Malaysia akan berterusan selamanya.

“Semoga perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati oleh semua rakyat akan berterusan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah Subhanahuwataala, “ titah baginda menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.