ad

Lubang benam: KM78 Jalan Gua Musang-Lojing ditutup sepenuhnya

17 Sep 2025, 7:10 AM
Lubang benam: KM78 Jalan Gua Musang-Lojing ditutup sepenuhnya

GUA MUSANG, 17 SEPT: Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 di sini ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga diberitahu kelak, susulan kejadian lubang benam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang ke Sungai Koyan, Pahang melalui Ringlet, Tapah dan Ipoh, Perak.

Semalam, Pengarah JKR Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata lubang benam sedalam 0.1 meter dan 15 meter panjang itu berlaku berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke.

Lubang benam dikesan pada 12 Sept dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah serta tepi pembetung di kawasan berkenaan, selain hujan lebat berterusan yang meningkatkan risiko mendapan.

JKR sentiasa memantau kawasan berkenaan dan telah melaksanakan pelan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatan pengguna.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.