MB seru tolak perbezaan, bersama bina Malaysia lebih perkasa, adil

16 Sep 2025, 6:35 AM
MB seru tolak perbezaan, bersama bina Malaysia lebih perkasa, adil

SHAH ALAM, 16 SEPT: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat tanpa mengira perbezaan bersama membina Malaysia yang lebih perkasa, adil dan makmur untuk generasi akan datang.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keberanian pemimpin terdahulu telah menjadikan Malaysia sebuah tanah air yang bebas, makmur dan penuh harapan.

“Hari ini, kita menyambut ulang tahun Hari Malaysia iaitu satu detik bersejarah pada 16 September 1963 apabila Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bersatu membentuk sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

“Perjalanan kita tidak mudah, namun keberanian pemimpin terdahulu, semangat perpaduan rakyat serta tekad untuk berdiri di atas kaki sendiri telah menjadikan Malaysia sebuah tanah air yang bebas, makmur dan penuh harapan,” katanya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.