BUKIT MERTAJAM, 8 JAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren di Jalan Kulim di sini petang semalam.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.
SHAH ALAM, 8 JAN: Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat diramal alami hujan lebat sehingga 10 malam.
SHAH ALAM, 8 JAN: Cadangan saringan air kencing sebagai tatacara operasi piawai (SOP) bagi memasuki konsert hanya disyorkan kepada individu yang menimbulkan syak, bukan melibatkan semua pengunjung.
SHAH ALAM, 8 JAN: Daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal alami hujan lebat sehingga 7 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MELAKA, 8 JAN: Pemandu bas ekspres parah, lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) di Ayer Keroh di sini pagi tadi.
PORT DICKSON, 8 JAN: Kerajaan melalui peruntukan pembangunan (DE) di bawah belanjawan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Rolling Plan Ke-5 (RP5) 2025 meluluskan sebanyak RM431 juta melibatkan 70 projek sambungan dan 41 projek baharu kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
SHAH ALAM, 8 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tidak berlaku suhu panas luar biasa tahun ini.
PUTRAJAYA, 8 JAN: Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025 yang dijangka memanfaatkan 1,060 peserta daripada golongan B40, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.
PUTRAJAYA, 8 JAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.
PUTRAJAYA, 8 JAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd berkuat kuasa Isnin lepas (6 Jan).
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Kerajaan akan mengkaji strategi untuk masa depan dan melaksanakan langkah lebih berkesan bagi menangani isu penipuan atau scam dalam talian, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 Oktober ini.
SEMPORNA, 7 JAN: Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di bawah Taman-Taman Sabah ditutup sementara susulan penemuan objek disyaki bom daripada perang dunia kedua, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Malaysia mengulangi komitmen untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan Asean bukan sahaja untuk seiring dengan perkembangan teknologi global tetapi juga meletakkan rantau ini sebagai peneraju global dalam tadbir urus digital, telekomunikasi dan multimedia yang beretika, inovatif dan inklusif.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.
PUTRAJAYA, 7 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Singapura akan membuka semula perbincangan mengenai isu yang sudah lama berlarutan seperti pembekalan air, persempadanan maritim dan ruang udara.
SHAH ALAM, 7 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat di Selangor hingga 5 petang.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Kementerian Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.