Pelaburan syarikat automotif China di Selangor bakal membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada graduan tempatan.
Malaysia menduduki ranking kedua tertinggi dalam kalangan negara ASEAN bagi Indeks Negara Digital GSMA 2025, yang julung kali diadakan, meletakkannya sebagai antara peneraju serantau dalam kesediaan digital dengan Singapura pada kedudukan pertama
Kerajaan tidak mengehadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari seperti yang dilaporkan beberapa media.
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan MADANI memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat
Industri kreatif Malaysia perlu diberikan lebih ruang dan keterbukaan dalam penghasilan kandungan filem agar mampu berkembang setanding dengan pasaran antarabangsa, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan KRU.
Kemunculan seekor buaya tembaga di pesisir pantai di belakang sebuah hotel di Teluk Bahang, dekat sini, menggemparkan orang ramai termasuk pelancong, sebelum reptilia sepanjang 3.65 meter itu berjaya ditangkap pihak berkuasa hari ini.
Pelayaran fasa kedua konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) memasuki hari kelima apabila 38 bot yang terbabit kini menghampiri Perairan Greece, sebelum bergerak ke Zon Kuning kira-kira 300 kilometer (km) dari Pantai Gaza.
Pegawai yang dirakam sedang merokok dalam kenderaan rasmi Jabatan Kerajaan Selangor telah diberikan surat tunjuk sebab bagi memberi penjelasan bertulis berhubung tingkah laku tersebut.
Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) buat warga polis dan tentera bermula Sabtu ini, disambut baik anggota pasukan keselamatan yang menyifatkannya sebagai suntikan semangat untuk berkhidmat dengan tekun dan berintegriti
Seramai 43 penjawat awam daripada lima jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara akan menerima pengiktirafan serta ganjaran kerana tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian atau penerimaan rasuah.
Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu
Kedudukan Selangor sebagai pintu masuk Asia selain merupakan gedung ekonomi negara mendorong pentadbiran ini meneroka industri kreatif dengan lebih meluas.
Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 yang memfokuskan teras multimedia, warisan dan seni budaya akan dilancar sempena sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung November ini.
Kerajaan Negeri mengenal pasti tiga cabang utama sektor ekonomi kreatif berpotensi tinggi iaitu seni dan multimedia digital, seni dan budaya serta seni dan warisan sebagai teras baharu pembangunan negeri
Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) merekodkan pencapaian signifikan sejak ditubuhkan pada 2023 apabila berjaya memulihkan 1,260 projek perumahan swasta melibatkan 150,968 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM121.44 bilion.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) yang berlangsung hari ini hingga esok.
Langkah itu diambil bagi menyokong perkembangan segmen pelancongan berasaskan kenderaan rekreasi yang kini menunjukkan pertumbuhan positif di Malaysia
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia melanjutkan waktu operasi kaunter bagi urusan penggantian cip MyKad rosak sekiranya ada keperluan, susulan pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
Inisiatif itu bakal memajukan Shah Alam sebagai destinasi pelancongan dengan pendekatan holistik berasaskan teknologi imersif dan kecerdasan buatan (AI)
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.