Keanggotaan Azam Baki di NFCC tiada kaitan dengan jawatan KP SPRM

3 Jul 2026, 7:13 AM
Keanggotaan Azam Baki di NFCC tiada kaitan dengan jawatan KP SPRM

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Keanggotaan Tan Sri Azam Baki sebagai ahli lembaga penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), tidak mempunyai kaitan dengan jawatannya yang terdahulu sebagai bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Azam itu, di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tempoh lantikan itu kekal berkuat kuasa sehingga 2027.

“Lantikan itu, pelantikan Yang di-Pertuan Agong berakhir tak silap saya 2027.

“Nak batalkan (pelantikan) itu hanya Yang di-Pertuan Agong. Beliau (Azam) tidak terkait dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata beliau ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini hari ini.

Terdahulu NFCC hari ini menjelaskan bahawa bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki merupakan anggota Lembaga Penasihatnya.

Ketua Pengarah NFCC Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam kenyataan berkata keanggotaan Azam adalah bagi tempoh tiga tahun mulai 20 September 2024 hingga 19 September 2027.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.