SHAH ALAM, 25 NOV: Lelaki tempatan dan wanita warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan polis turut merampas dadah bernilai RM3.3 juta dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan di Sekinchan, Sabak Bernam pada 21 November lalu.
PUTRAJAYA, 25 NOV: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan kerja membaik pulih rumah daif di sebuah daerah negeri itu.
KUALA LUMPUR, 25 NOV: Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KOTA BHARU, 25 NOV: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang buruh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak seutas gelang tangan emas daripada seorang warga emas di Pasir Puteh, pada 16 Nov.
BANDAR PERMAISURI, 25 NOV: Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kereta jenis Perodua Axia dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Kampung Sungai Lerek, Kilometer 53 Jalan Persekutuan Kuala Terengganu–Kota Bharu, di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas jam tangan jenama Rolex berharga RM64,000 di sebuah kedai di Seksyen 16, Subang Jaya, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merompak seorang wanita dengan bersenjatakan gunting di sebuah rumah di Puchong Utama, Puchong kira-kira 9 malam semalam.
IPOH, 23 NOV: Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya dekat sini kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
JOHOR BAHRU, 23 NOV: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah ditipu individu yang menyamar sebagai ‘Inspektor Harun’.
KOTA BHARU, 22 NOV: Pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah di sini ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air ketika mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Enggang, hari ini.
ALOR SETAR, 22 NOV: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 12 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang cuba menyusup masuk ke negara ini di sempadan negara dekat Kubang Pasu semalam.
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri seutas rantai leher dan seutas rantai tangan milik seorang wanita yang meninggal dunia dalam sebuah kereta, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan juniornya dengan cara memijak perut mangsa dengan spike boot, bulan lepas.
SLIM RIVER, 22 NOV: Sepasang suami isteri dan seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 51.974 kilogram pada 11 Nov lepas.
KOTA BHARU, 22 NOV: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak petrol di pangkalan haram Mat Roji di Rantau Panjang, Pasir Mas pagi kelmarin.
ALOR SETAR, 21 NOV: Tiga pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan wang tunai RM200,000 milik sebuah syarikat keselamatan di Mergong kelmarin.
SIBU, 21 NOV: Lapan orang termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kawasan berhampiran Sebanyak, Pan Borneo Jalan Sarikei–Sibu, kira-kira 20 kilometer dari Sarikei, petang tadi.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Seorang bayi lelaki selamat namun tiga ahli keluarganya maut dalam kemalangan di Kilometer 2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2 arah Sungai Buloh menghala ke Tol Segambut, pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 21 NOV: Enam lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden kejar sejauh 180 kilometer bermula dari Jalan Bakri hingga Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur ditahan hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Laporan awal bedah siasat mayat wanita yang ditemukan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG di sini, mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan pada dada akibat objek tumpul.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.