ad

32 pekerja kilang ditahan guna kad pengenalan palsu di Pelabuhan Klang

5 Nov 2025, 10:40 AM

SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 32 pekerja kilang ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dalam operasi bersepadu di sebuah kilang di sini semalam.

Operasi dikenali sebagai ‘Op Litar’ itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan kerjasama JPN Selangor serta Jabatan Imigresen Selangor.

Pemeriksaan mendapati semua suspek berusia antara 21 hingga 48 tahun dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu dan kad milik individu lain bagi mendapatkan pekerjaan di premis tersebut.

Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Salmi Kiprawi, berkata pemeriksaan rapi dijalankan bagi mengekang kegiatan pemalsuan dokumen serta penipuan identiti yang semakin membimbangkan.

“Penyalahgunaan kad pengenalan merupakan kesalahan serius yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan mengancam keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan.

Kesemua individu kini disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

JPN menegaskan tindakan tegas akan diteruskan bagi membanteras penyalahgunaan dokumen pengenalan diri, khususnya dalam kalangan warga asing, dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang kegiatan mencurigakan.