KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 80 pendatang tanpa izin dalam operasi khas, Op Sapu, sempena Tahun Baharu 2025 di kompleks beli-belah di Seri Kembangan, dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tujuh individu bagi membantu kes di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 melibatkan tuntutan palsu.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Sindiket pemalsuan dokumen dan cap imigresen yang dipercayai didalangi warga Pakistan tumpas selepas tiga suspek ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di ibu negara.
KUALA LUMPUR, 1 JAN: Sekumpulan 21 remaja menunggang basikal secara berbahaya dan tidak mengikut peraturan, yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam sempena operasi Ambang Tahun Baharu 2025 didenda ketuk ketampi di lokasi kejadian.
PADANG BESAR, 1 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dadah jenis ganja seberat lapan kilogram bernilai RM400,000 dalam satu operasi berhampiran Pos TS13, Jalan Keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand semalam.
JOHOR BAHRU, 1 JAN: Polis menahan pasangan kekasih dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.41 juta hasil pemeriksaan ke atas kereta dinaiki di tepi jalan di sekitar Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.
SEREMBAN, 1 JAN: Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini pagi tadi.
CHUKAI, 31 DIS: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di daerah Kemaman, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 31 DIS: Seorang bapa kandung dan bekas isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan dan menganiaya anak perempuan mereka di sebuah kondominium, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 31 DIS: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap tiga individu termasuk wanita warga Rusia.
KUALA TERENGGANU, 31 DIS: Seorang peniaga mengalami kerugian RM252,150 selepas ditipu sindiket yang menawarkan tender tidak wujud.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Seorang suri rumah warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang wanita berjumlah RM170,000.
TAIPING, 30 DIS: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan melakukan khianat menggunakan api dengan membakar sebuah motosikal, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Seorang pengarah syarikat menjual produk berasaskan durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikatnya berjumlah RM195,401, dua tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 29 DIS: Seorang guru mengaji warga asing ditahan selepas disyaki mendera anak muridnya berusia 12 tahun kerana enggan membaca al-Quran, dalam kejadian di Kampung Melayu Ampang, dekat sini Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Seorang bekas pembantu sebuah pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, lima bulan lepas.
SERDANG, 27 DIS: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
KOTA BHARU, 27 DIS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
IPOH, 27 DIS: Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping petang semalam dan video kejadian itu tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 27: Tindakan dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 16 Lebuhraya Damansara-Puchong di sini dengan memandu melawan arus membawa padah, apabila mereka berjaya ditahan setelah dikejar pihak polis sejauh 35 kilometer.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.