Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban

10 Dis 2025, 2:57 AM
Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban

SHAH ALAM, 10 DIS: Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dalam kereta di Jalan Rasah menuju ke Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi.

Insiden itu dirakam orang awam, memaparkan seorang mangsa dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu selain tompokan serta percikan darah dilihat pada bahagian luar dan dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian dan memaklumkan kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan, lapor Harian Metro.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.