IPOH, 15 JAN: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Seorang wanita dan dua lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin selepas sebuah rumah yang dijadikan tempat transit di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, diserbu malam tadi.
REMBAU, 15 JAN: Tiga maut enam parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 226.5 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Dua lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak beg duit milik seorang wanita warga emas, dua minggu lepas.
SEREMBAN, 14 JAN: Seorang peniaga wanita dalam talian mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.
PUTRAJAYA, 14 JAN: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak, pengantunan seksual dan memiliki video pornografi.
JOHOR BAHRU, 14 JAN: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menolak permohonan habeas corpus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya Azura Md Yusof yang difailkan pada Oktober tahun lepas.
KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan seorang peniaga dan merampas 47 pucuk senjata api tiruan yang disyaki untuk dijual secara dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah di Inderapura, di sini 2 Jan lepas.
SHAH ALAM, 13 JAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan seorang ahli GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) Hamimah Yakub yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang diikat jamin RM40,000 dengan dua orang penjamin.
KUCHING, 12 JAN: Sepuluh individu termasuk tujuh wanita ditahan manakala 137 laras senjata tiruan dirampas dalam serbuan di lima premis menjual barang mainan di kawasan Kuching dan Samarahan, semalam.
IPOH, 12 JAN: Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
NIBONG TEBAL, 12 JAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Jan lepas.
BALIK PULAU, 12 JAN: Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini awal hari ini sebagai usaha membanteras kegiatan mat rempit.
IPOH, 12 JAN: Seorang juruteknik kerugian RM444,967 selepas terperdaya penipuan pekerjaan atau 'job scam' secara dalam talian pada November lepas.
KOTA BHARU, 11 JAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan seperti lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong, Pasir Mas Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah pejabat tanah dan galian (PTG) di Selangor ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di pejabat berkenaan.
PUTRAJAYA, 10 JAN: Kebun sayur berkeluasan lima hektar di Telok Panglima Garang, Selangor yang diusahakan warga asing dari Bangladesh dan Pakistan digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Universiti yang terlibat dalam insiden kematian kucing akibat serangan anjing liar sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran haiwan itu di kawasan universiti berkenaan.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Polis mereman seorang lelaki tempatan selepas disyaki menyerang sehingga mendatangkan kecederaan ke atas dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam.
SEPANG, 9 JAN: Polis berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan yang dikehendaki di Melaka, Putrajaya dan Banting, Selangor menerusi operasi bersepadu yang dijalankan sejak Selasa lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.