KUALA LUMPUR, 18 JAN: Empat individu yang maut selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lepas disahkan mengambil dadah, berikutan darah mereka didapati mengandungi bahan terlarang berkenaan.
JOHOR BAHRU, 18 JAN: Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh.
JOHOR BAHRU, 17 JAN: Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
SEREMBAN, 17 JAN: Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Januari lalu.
SHAH ALAM, 17 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup 50 batang kayu bakau berdekatan Jeti Pulau Ketam, Klang dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 17 JAN: Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
JOHOR BAHRU, 17 JAN: Polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan daging babi sejuk beku dengan penahanan lapan individu di kawasan jeti tidak diwartakan di Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang di sini semalam.
JOHOR BAHRU, 17 JAN: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing, bulan lepas.
PUTRAJAYA, 17 JAN: Mahkamah Rayuan di sini memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.
KUANTAN, 17 JAN: Seorang lelaki kerugian RM137,000 selepas terperdaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan pada November lepas.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Mayat bayi perempuan ditemui berhampiran Surau Al-Hidayah di Kampung Melayu, Rawang, Selangor petang tadi.
SHAH ALAM, 16 JAN: Polis menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.3 juta.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Bekas datuk bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Lapan individu termasuk suami isteri pemilik syarikat pelancongan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.
KUANTAN, 16 JAN: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita mempunyai 22 rekod jenayah lampau di dua lokasi berasingan minggu lepas, bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan barang kemas yang videonya tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Polis mengesan taktik penipuan dan pemerasan terbaharu menggunakan dokumen amaran palsu, lengkap dengan Jata Negara, logo Badan Peguam Malaysia dan nama Ketua Polis Negara.
TANGKAK, 16 JAN: Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki dipukul di kawasan Semenyih, Kajang, bulan lepas.
PUTRAJAYA, 15 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.