KUALA TERENGGANU, 11 MEI: Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.02 kilogram, hujung bulan lepas.
GEORGE TOWN, 10 MEI: Seorang wanita warga emas kerugian RM680,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud di sini, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Polis menyelamatkan 16 individu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam beberapa sektor pekerjaan menerusi Op Pintas Mega yang dijalankan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sekitar Lembah Klang semalam.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 85 individu termasuk warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dalam Op Pintas Mega di seluruh negara semalam.
MELAKA, 9 MEI: Polis menafikan mesej tular melalui aplikasi WhatsApp mendakwa bayi lelaki berusia dua bulan yang disyaki didera ibu bapanya sehingga tidak sedarkan diri baru-baru ini, telah meninggal dunia.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menahan lapan lelaki menerusi Op Taring Mitra kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup, mengedar daun serta air ketum dalam dua serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 24 April dan Selasa lalu.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Polis tetap meneruskan siasatan kes simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim walaupun kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri kerana disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham sebuah syarikat minyak dan gas bernilai lebih RM500 juta.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM16.01 juta selepas menahan lima lelaki dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
KUANTAN, 8 MEI: Sebanyak empat individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan dengan nilai kerugian keseluruhan lebih RM1.7 juta.
IPOH, 8 MEI: Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 44 kilogram (kg) yang bernilai RM4.6 juta dalam empat serbuan berasingan di daerah Manjung.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Seorang lelaki didenda RM10,000 kerana kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau membabitkan sentimen kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara Kuala Lumpur di aplikasi TikTok pada 31 Mac lepas.
GEORGE TOWN, 7 MEI: Dua pembantu kesihatan awam di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang direman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM54,000 daripada seorang kontraktor, tahun lepas.
MELAKA, 7 MEI: Ibu dan bapa kepada bayi lelaki berusia dua bulan disyaki didera di Sungai Petai Alor, Gajah semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
JERTIH, 6 MEI: Seorang bekas guru mengalami kerugian hingga RM82,600 setelah menjadi mangsa penipuan melalui aplikasi laman sosial Facebook berhubung tawaran membuka kedai di aplikasi TikTok atau TikTok Shop sejak 27 April lepas.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan ke atas tiga lelaki, selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah seberat 32 kilogram (kg), enam tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Polis menyiasat dakwaan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4 dekat sini sejak bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Lelaki bergelar Datuk yang dibebaskan daripada tahanan reman Sabtu lepas sekali lagi direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan kira-kira RM450 juta.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menendang dan memukul wanita itu menggunakan getah paip, bulan lepas.
KUALA KRAI, 5 MEI: Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat, di sini sejak Sabtu lalu, ditemukan lemas di dua lokasi berbeza hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.