SEPANG, 27 MEI: Lima anggota polis termasuk dua berpangkat sarjan dan tiga berpangkat koperal, menjadi dalang kepada kegiatan mencuri kabel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak setahun lepas.
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Empat lelaki disyaki terlibat kes samun sebuah rumah di Semenyih dengan menyamar sebagai anggota polis sudah ditahan dalam kejadian awal bulan ini.
GEORGE TOWN, 27 MEI: Polis menahan seorang lelaki yang meragut seorang wanita warga emas Jalan Tembaga, Taman Greenview, dekat Jelutong, di sini, yang kejadiannya turut tular di media sosial.
KUCHING, 27 MEI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai RM6.33 juta dalam Op Taring Alpha di tiga lokasi berbeza Khamis lepas.
KANGAR, 27 MEI: Seorang anggota polis di Perlis yang dituduh membunuh isterinya pada Mac 2023 disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang semalam, selepas didapati tidak sedarkan diri ketika berada di Pusat Koreksional Perlis (Jabatan Penjara Malaysia), Guar Nangka di Arau.
DUNGUN, 27 MEI: Seorang suri rumah kerugian RM112,206 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud dalam talian, minggu lepas.
KOTA BHARU, 27 MEI: Polis Kelantan mengesahkan jumlah sebenar emas yang diminta empat suspek dalam kes penculikan dan pemerasan membabitkan pemilik kedai emas di Palekbang, Tumpat dekat sini ialah 80 kilogram dengan anggaran nilai RM40 juta.
BACHOK, 26 MEI: Reman terhadap seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar di sini Sabtu lepas, disambung bermula esok hingga 30 Mei ini.
KOTA BHARU, 26 MEI: Keengganan seorang pemilik kedai emas menyerahkan 30 kilogram (kg) emas dipercayai menjadi motif utama dia diculik di Palekbang, Tumpat, Selasa lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
KUANTAN, 26 MEI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan cubaan membawa keluar 13.74 kilogram (kg) bunga ganja bernilai lebih RM1.4 juta dalam tiga operasi berasingan di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Mei lepas.
SHAH ALAM, 26 MEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua bot penumpang selepas didapati gagal mematuhi syarat lesen di sekitar perairan Pelabuhan Barat, Klang dekat sini semalam.
KUANTAN, 26 MEI: Pengurus ejen insurans kerugian RM695,000 akibat terperdaya skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman Facebook, bulan lalu.
KOTA BHARU, 26 MEI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga mematahkan cubaan menyeludup masuk 44 kampit beras Siam seberat 1.1 tan dalam operasi di Kampung Mahligai dekat Gunong, Bachok semalam.
KOTA BHARU, 24 MEI: Polis sedang menyiasat sumber bahan kimia yang digunakan dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.