Wanita warga emas mati dibunuh, jiran ditahan bantu siasatan

5 Mei 2026, 5:25 AM
Wanita warga emas mati dibunuh, jiran ditahan bantu siasatan

SHAH ALAM, 5 MEI: Seorang wanita warga emas ditemui maut dengan kesan tetakan di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada anak mangsa sekitar jam 10 malam.

“Mangsa berusia 70 tahun itu ditemui terbaring dan terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.

“Susulan kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun iaitu jiran mangsa ditahan bagi membantu siasatan. Pihak polis turus menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata motif kejadian masih dalam siastaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses bedah siasat,“ ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya suspek pernah dihantar menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) pada Februari lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.