Lelaki mengamuk bawa dua pisau ditahan polis

5 Mei 2026, 11:15 AM
Lelaki mengamuk bawa dua pisau ditahan polis

SHAH ALAM, 5 MEI: Seorang lelaki yang mengamuk sambil memegang dua pisau di kawasan lot kedai di Damansara Perdana, Petaling Jaya, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Damansara kemudian bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan.

“Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati seorang lelaki tempatan berada di tangga berhampiran premis sambil memegang dua pisau.

“Anggota bertindak menghampiri suspek dan mengarahkannya menyerahkan senjata sebelum lelaki itu berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 di bawah Seksyen 6(1) kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari sehingga 7 Mei ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.