Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak

4 Mei 2026, 8:33 AM
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak

SHAH ALAM, 4 MEI: Seorang lelaki maut dipercayai sesak nafas ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang bersama tiga rakannya, semalam.

Mangsa, Muhammad Nur Hakimi Mohd Harris, 32, ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira 800 meter dari aras bawah gunung berkenaan pada jam 1.42 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum anggota dari Balai Polis Kluang digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, operasi menyelamat turut dibantu pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Usaha membawa turun mangsa berdepan kesukaran berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun berjaya dibawa turun ke kaki gunung pada jam 6.15 petang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.