Lelaki ditemukan lemas di Pantai Sungai Labu

4 Mei 2026, 9:45 AM
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Sungai Labu

SHAH ALAM, 4 MEI: Lelaki warga tempatan ditemukan lemas di Pantai Sungai Labu, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.07 malam.

Menurutnya, lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikerahkan ke lokasi.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an. Mangsa kemudian ditemukan pada jam 7.29 malam.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan di lokasi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.