Samun bersenjata di stesen minyak Jenjarom, polis buru dua lelaki

2 Mei 2026, 12:47 PM
Samun bersenjata di stesen minyak Jenjarom, polis buru dua lelaki

SHAH ALAM, 2 MEI: Polis sedang giat mengesan dua lelaki bersenjatakan parang dan objek menyerupai pistol susulan kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Klang–Banting, Jenjarom, pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmal Rizal Radzi berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.18 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang saksi wanita.

“Saksi memaklumkan dua suspek lelaki bertopeng memasuki premis sebelum mengacukan senjata dipercayai parang serta objek menyerupai pistol ke arah kaunter stesen minyak,” katanya menerusi kenyataan di Facebook Polis Daerah Kuala Langat.

Menurutnya, suspek melarikan wang tunai kira-kira RM798 serta beberapa kotak rokok sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.