Suasana membeli-belah kelihatan meriah apabila keluarga memenuhi pasar raya dan kedai pakaian bagi mendapatkan pakaian seragam, beg, kasut dan alat tulis
Tahun 2025 membawa pelbagai rona emosi yang mewarnai perjalanan Selangor sepanjang 12 bulan penuh bermakna, dengan suka dan duka silih berganti mencorakkan detik penting negeri ini.
Hiasan ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi latar kegemaran pengunjung untuk bergambar dan merakam kenangan.
Fateh Watches berinspirasikan wau bulan, songket, batik dan bunga raya, sekali gus memperkenalkan warisan seni negara ke pentas dunia melalui industri pembuatan jam
Upacara keagamaan yang berlangsung selama sembilan hari pada bulan kesembilan kalendar lunar itu merangkumi pelbagai ritual termasuk sembahyang, perarakan serta amalan berpantang makanan berunsur haiwan
Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dengan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berlangsung meriah.
Memiliki seni bina tradisional Melayu dan pengaruh Islam klasik, masjid ini menjadi saksi kepada perjalanan masa, perubahan generasi, dan kesinambungan dakwah di tanah air.
Operasi penguatkuasaan penempatan haram di Hutan Simpan Sungai Buloh yang didiami ratusan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Peserta Fatin Nur Amanina Munef sedang menggayakan Miko, kucing peliharaannya, yang juga baka Maine Coon Polydactyl berusia 11 bulan sebelum pertandingan ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025.
Aksi pasukan Cobra Venom menentang KL Tigers RFC ketika Liga MSNS-KRS 2025 di Padang Astaka, Petaling Jaya pada 14 Jun 2025.
Copsychus saularis, yang dikenali sebagai burung Murai Kampung atau Oriental Magpie-robin kelihatan dalam program program Mini Bird Race di Taman Botani Negara Shah Alam pada 24 Mei 2025.
Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau keadaan stesen pam SJAM di Kolam Horas, Kuala Selangor pada 13 Mei 2025.
Salah satu karya seni yang menonjol ialah siri Hiwadrome yang dihasilkan artis Jepun kelahiran Osaka, Kazuhiko Hiwatashi ketika tinjauan di sekitar Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 9 Mei 2025.
Pengunjung beratur dan berpayung dalam keadaan hujan untuk memasuki pameran di pavilion ketika tinjauan sekitar Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 8 Mei 2025.
Pelbagai jenis bunga di tingkat atas "Ring Skywalk" setinggi 12 meter yang menawarkan pemandangan, yang dihiasi dengan bunga dan tumbuhan mengikut musim termasuk orkid ketika Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 7 Mei 2025.
Struktur ikonik dikenali sebagai Grand Ring atau Ōyane Ringu berdiri sebagai simbol utama pameran Ekspo Osaka 2025 rekaan arkitek terkenal Jepun, Sou Fujimoto.
"Tree of Harmony" hasil karya artis Malaysia Red Hong Yi, yang dipamerkan di Pavilion Malaysia melambangkan perpaduan, warisan budaya, dan komitmen negara terhadap kelestarian dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 5 Mei 2025.
Peserta Rosnah Bidin, 64, memetik timun ketika tinjauan projek fertigasi timun di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas ketika melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Camelia MBSJ Putra , Subang Jaya pada 6 April 2025.
Pegawai pelaksana cerapan hilal melakukan aktiviti cerapan menggunakan teleskop ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.