Selagi ada ombak

13 Jun 2026, 6:53 AM
Selagi ada ombak

Menjelang monsun, Desaru, Johor yang terkenal dengan pantai landai dan suasana santai, bertukar wajah. Keadaan laut berubah dengan ombak yang lebih tinggi dan mencabar.

Ketika ini, peluncur berpengalaman dan amatur dari segenap kawasan mengambil peluang melakukan aktiviti lasak. Suasana pantai yang kurang sesak memberi ruang lebih selesa untuk berlatih. 

Ibarat 'rumah kedua' peluncur tempatan, ia turut membuka ruang buat mereka yang mahukan pengalaman baharu. Kekuatan fizikal, fokus dan kawalan tinggi diperlukan ketika berada di atas papan luncur.

Jurufoto Fikri Yusof merakamkan detik peluncur menakluk ombak monsun di Desaru, memperlihatkan aksi dan cabaran yang wujud dalam sukan meluncur ombak di lokasi berkenaan.

Peluncur berkampung ketika musim ombak di Desaru, Kota Tinggi.

Peluncur air tetap menunggu ombak sehingga waktu senja di Desaru, Kota Tinggi.

Razali Abd Aziz, 41, membersihkan lilin pada papan luncurnya ketika musim monsun di Desaru, Kota Tinggi.

Aksi seorang peluncur air mengimbangi badan di atas papan sambil menunggang ombak yang memukul pantai ketika musim monsun di Desaru, Kota Tinggi.

Peluncur turun ke laut setelah menunggu adanya ombak ketika musim monsun di Desaru, Kota Tinggi.

Peluncur menunggu giliran ombak ketika musim monsun di Desaru, Kota Tinggi.

Kanak-kanak turut turun ke laut untuk meluncur air ketika musim monsun di Desaru, Kota Tinggi.

Aksi peluncur air di atas ombak ketika musim monsun di Desaru, Kota Tinggi.

Aksi peluncur air menakluk ombak ketika musim monsun di Pantai Desaru, Kota Tinggi. Kehadiran ombak yang lebih tinggi dan bertenaga pada musim ini menarik perhatian peminat sukan luncur ombak dari pelbagai lokasi untuk menguji kemahiran serta menikmati cabaran laut terbuka.

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.