Belanjawan Selangor 2027: Peruntukan RM3.3 bilion, tumpu lima tonggak

Belanjawan Selangor 2027: Peruntukan RM3.3 bilion, tumpu lima tonggak

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion dalam Belanjawan 2027 bagi melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, sejumlah RM1.9 bilion bersamaan 57.6 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM1.4 bilion atau 42.4 peratus untuk pembangunan.

Belanjawan Selangor 2027 berteraskan lima tonggak utama, iaitu:

  1. Ketangkasan Menangani Perubahan Iklim dan Merekayasa Pembangunan Prasarana

  2. Memartabat Kesejahteraan Rakyat

  3. Kecerdasan Buatan dan Ekonomi Negeri Selangor

  4. Memperkasa Pendidikan Sepanjang Hayat, Membina Generasi Progresif

  5. Pemantapan Khidmat Rakyat

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM2.85 bilion pada 2027, dengan premium tanah dijangka menyumbang RM1.112 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan hasil.

Cukai tanah pula diunjurkan menyumbang RM653.82 juta bersamaan 23 peratus, manakala pemberian Persekutuan sebanyak RM292.70 juta atau 10 peratus.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 bertemakan “Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni” di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Jurufoto Media Selangor turut merakamkan suasana sepanjang pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan orang ramai mengikuti menerusi siaran langsung di televisyen dan telefon bimbit bagi mengetahui pelbagai inisiatif serta peruntukan yang diumumkan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO menuju ke Dewan Negeri Selangor bagi pembentangan Belanjawan Selangor 2027 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Petugas Dewan Negeri mendengar pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Anggota Polis mendengar pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Petugas media mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Kakitangan PKNS menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Pejabat PKNS, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR

Petugas Media Selangor mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di pejabat MSSB, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di pejabat KDEBWM, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Penunggang p-panggilan mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi telefon bimbit di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Penunggang p-panggilan Noor Kashfi Mat Jamil, 41, mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2027 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sambil mengambil tempahan makanan di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.