Suku abad menaungi Selangor, doa mengiringi perjalanan

2 Okt 2026, 10:40 AM
Suku abad menaungi Selangor, doa mengiringi perjalanan

Dua puluh lima tahun bukan tempoh yang singkat. Sepanjang suku abad itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menaungi negeri ini melalui pelbagai fasa perubahan dan pembangunan bersama rakyat.

Pada 2 Oktober, perjalanan itu diperingati dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyertai jemaah membaca Yasin dan tahlil sebelum doa selamat dipanjatkan sempena sambutan berkenaan.

Majlis turut menghimpunkan pembesar negeri, penjawat awam, anggota pasukan keselamatan dan jemaah yang bersama-sama mengikuti bacaan dalam suasana tertib dan khusyuk.

Sambutan Jubli Perak tahun ini memperingati 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor, sekali gus menjadi antara detik penting dalam sejarah institusi diraja dan negeri Selangor.

Jurufoto Media Selangor Fikri Yusof merakam sekitar majlis berkenaan, termasuk detik Baginda bersama jemaah serta suasana sepanjang bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Jemaah menunaikan solat dan membaca al-quran ketika majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj bersama dalam majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia turut bersama majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Anggota Polis Diraja Malaysia turut bersama majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Anggota Tentera dan Bomba turut bersama majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Orang ramai membaca yasin dan tahlil ketika majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.