ad

Fateh Watches, jenama tempatan tembusi pasaran dunia

22 Nov 2025, 6:00 AM
Fateh Watches, jenama tempatan tembusi pasaran dunia

Berbekalkan lebih 50 tahun pengalaman mereka bentuk jam tangan mewah antarabangsa seperti Tag Heuer dan Tissot, Zainal Mohad Ali, 73, memanfaatkan kepakaranna untuk melahirkan jenama tempatan beridentiti Malaysia.

Diasaskan bersama anak bongsunya, Fateh Watches menampilkan rekaan berinspirasikan wau bulan, songket, batik dan bunga raya, sekali gus memperkenalkan warisan seni negara ke pentas dunia melalui industri pembuatan jam.

Setiap model mengambil masa berbulan-bulan untuk disempurnakan, menuntut ketelitian tinggi demi memastikan kualiti yang mampu memikat hati peminat termasuk tokoh politik dan selebriti tanah air.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam dengan dekat proses penghasilan jam Fateh yang kini menerima permintaan dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Peralatan yang digunakan untuk pemasangan komponen jam tangan

Pengasas Fateh Watches, Zainal Mohd Ali memeriksa bingkai jam tangan

Pengasas Fateh Watches, Zainal Mohd Ali memasang komponen jam tangan

Lakaran tiga dimensi (3D) pembuatan jam

Antara salah satu lakaran lukisan tangan untuk pembuatan jam

Pengasas Fateh Watches, Zainal Mohd Ali memasang komponen jam tangan

Pengasas Fateh Watches, Zainal Mohd Ali menunjukkan jam tangan bercahaya dalam gelap

Motor jam tangan atau "Movement" jenis automatik keluaran Fateh Watches yang berkonsepkan songket tenun

Pengasas Fateh Watches, Zainal Mohd Ali menunjukkan antara koleksi jam tangan yang dihasilkan