Menjelang hujung tahun, bahang sambutan Hari Natal yang dirai setiap 25 Disember kian terasa. Suasana cuti hujung minggu juga meriah dengan keterujaan penganut Kristian membuat persiapan menyambut perayaan.
Lensa jurufoto Hanisah Othman, Fikri Yusof, Khairul Helmy, Adibah Izam, Harun Tajudin dan Ahmad Zakki Jilan merakam suasana menjelang sambutan itu dengan deretan kedai dipenuhi pelanggan yang mencari hiasan rumah, pakaian serta hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan.
Sempat dirakamkan ketelitian pengunjung memilih perhiasan, ada juga yang berbincang bersama ahli keluarga sekali gus menjadikan aktiviti membeli-belah bukan sekadar urusan persiapan tetapi satu pengalaman kebersamaan.
Pusat beli-belah pula berubah wajah, tampil dengan dekorasi Krismas yang berwarna-warni, dihiasi lampu berkelip dan pokok besar sebagai tarikan utama. Hiasan ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi latar kegemaran pengunjung untuk bergambar dan merakam kenangan.
Kesibukan dan kemeriahan ini mencerminkan semangat dalam meraikan perayaan di tengah-tengah kesibukan membeli-belah. Pada lapis lain, suasana berwarna-warni serta keceriaan jelas mencerminkan kegembiraan masyarakat menyambut Krismas yang penuh harapan dan aspirasi keharmonian.
Dekorasi sambutan hari Krismas ketika tinjauan Media Selangor sempena persiapan sambutan Hari Natal di Pusat Beli Belah Paradigm, Petaling Jaya pada 16 Disember 2025.
Pengunjung membeli barang keperluan persiapan sambutan perayaan Hari Krismas di Cycberjaya, Sepang pada 16 Disember 2025.
Tinjauan Media Selangor sempena persiapan sambutan Hari Natal di Pusat Beli Belah Berjaya Times Square Kuala Lumpur pada 17 Disember 2025.
Elene Devaraj ,17, (kiri) dan kakaknya, Philomena Devaraj, 18, menghias pokok Krismas sebagai persiapan sambutan Hari Natal di Caledonia, Bestari Jaya pada 20 Disember 2025.
Dekorasi sambutan Hari Natal ketika tinjauan Media Selangor sempena persiapan sambutan Hari Natal di Pusat Beli Belah Paradigm, Petaling Jaya pada 16 Disember 2025.
Ruang legar Pusat Beli-belah Setia City, Shah Alam dihiasi dengan pokok Krismas pada 20 Disember 2025.
Pengunjung membeli belah semasa tinjauan Media Selangor sempena persiapan sambutan Hari Natal di Pusat Beli Belah Berjaya Times Square Kuala Lumpur pada 17 Disember 2025.
Pokok Krismas diletakkan di tengah kawasan permainan meluncur ais sebagai tarikan kepada pengunjung sempena sambutan Hari Natal tidak lama lagi di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 18 Disember 2025.
Orang ramai hadir ke dekorasi sempena sambutan Krismas di Sunway Pyramid pada 20 Disember 2025.
Orang ramai hadir ke dekorasi sempena sambutan Krismas di Sunway Pyramid pada 20 Disember 2025.