Bharatanatyam, seni yang hidup dalam setiap gerak

27 Sep 2026, 2:00 AM
Bharatanatyam, seni yang hidup dalam setiap gerak
Bharatanatyam, seni yang hidup dalam setiap gerak
Bharatanatyam, seni yang hidup dalam setiap gerak
Bharatanatyam, seni yang hidup dalam setiap gerak

Setiap lenggok tangan, langkah kaki dan riak wajah membawa makna tersendiri, menyusun sebuah cerita yang dapat difahami tanpa sepatah kata. Itulah Bharatanatyam, seni tari yang menyampaikan kisah melalui bahasa tubuh.

Di Malaysia, warisan seni itu terus dipelihara menerusi usaha kumpulan seperti Kalaivani Fine Arts yang melatih generasi baharu, selain memastikan kehalusan teknik dan tradisinya terus diwarisi.

Akademi yang bertapak sekitar 2018 itu turut mencipta pengalaman membanggakan apabila diberi peluang mempersembahkan Bharatanatyam di hadapan Perdana Menteri India, Narendra Modi, ketika kunjungannya ke Malaysia tahun lalu.

Namun, di sebalik persembahan yang memukau, tersimpan latihan panjang dan disiplin tinggi. Langkah diulang berkali-kali, posisi diperhalusi dan ekspresi wajah dikawal supaya setiap gerakan dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

Menerusi lensanya, jurufoto Fikri Yusof merakam sisi latihan dan persembahan Bharatanatyam yang menuntut ketelitian pada setiap perincian, daripada susunan langkah hingga ekspresi wajah penari yang menghidupkan cerita di pentas.

Penari membuat latihan tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Penari membuat latihan tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Penari membuat persiapan sebelum tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Penari membuat persiapan memakai aksesori pakaian tradisional sebelum latihan tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Jurulatih tarian K. Kalaivani melatih penari tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Penari membuat latihan tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Jurulatih tarian K. Kalaivani melatih penari tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Penari membuat gerakkan tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Penari membuat gerakkan tarian Barathanatiyam di Kalaivani Fine Art, Shah Alam

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.