Cahaya pelita panjut hidupkan nostalgia kampung menjelang Aidilfitri

15 Mac 2026, 3:00 AM
Cahaya pelita panjut hidupkan nostalgia kampung menjelang Aidilfitri

Ketika Ramadan menghampiri penghujungnya, cahaya pelita panjut kembali menyinari halaman rumah di kampung, menghidupkan suasana malam yang sarat dengan kenangan Aidilfitri.

Di Kampung Kelanang, Kuala Langat, seorang pemuda tekun menghidupkan kembali tradisi itu. Khairul Nizam Kamaruddin, 37, atau lebih dikenali sebagai Pak Tam, saban tahun menghasilkan pelita panjut secara manual di halaman rumahnya.

Bermula dengan memotong buluh, memasang sumbu sehinggalah mengecatnya dengan warna-warna terang, setiap pelita dihasilkan dengan penuh teliti sebelum siap menerangi malam raya.

Bagi Pak Tam, pelita panjut bukan sekadar hiasan, tetapi lambang warisan yang membawa kembali suasana kampung yang semakin jarang dirasai hari ini.

Hasil tangannya bukan sahaja mendapat sambutan penduduk setempat, malah menarik minat pengunjung dari luar kawasan yang ingin merasai sendiri keindahan tradisi yang kian dilupakan.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam proses pembuatan pelita panjut bermula dari pemotongan buluh, pemasangan sumbu dan mengecat buluh berwarna-warni dengan corak tertentu.

Semua foto dirakam menggunakan Xiaomi 15T SERIES.

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, menebuk buluh untuk tempahan pelita panjut ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, menebuk buluh untuk tempahan pelita panjut ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, menyusun buluh bagi memudahkan kerja mengecat pada buluh untuk tempahan pelita panjut ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Proses mengecat buluh ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, menggunakan kain bercorak untuk menekap bentuk pada buluh panjut ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Buluh yang telah ditekap menggunakan kain bercorak ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, menyusun buluh yang telah siap di cat untuk proses pengeringan ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, memasukkan sumbu dalam buluh ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Khairul Nizam Kamaruddin, 37, memasukkan menunjukkan pelita panjut ketika tinjauan pembuatan pelita panjut di Kampung Kelanang, Kuala Langat pada 3 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.