Kontinjen Selangor meneruskan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan kutipan keseluruhan 62 pingat, terdiri daripada 23 pingat emas, 24 pingat perak dan 15 pingat gangsa, setakat hari ini.
Selangor selaku tuan rumah terus mengungguli pungutan pingat dengan 23 pingat emas, 24 pingat perak dan 15 pingat gangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta kutipan pingat.
Saingan SUKMA Selangor 2026 masih berlangsung dan kontinjen Selangor dijangka terus menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang hari ini.
Skuad Triples lelaki Selangor bersama Skuad Fours Wanita selepas SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Boling Padang Bayuemas, Klang pada 18 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Aksi skuad Fours Wanita ketika SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Boling Padang Bayuemas, Klang pada 18 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Cempaka Zahraa mendapat tempat kelima acara akhir Baling Tukul Besi Wanita SUKMA Malaysia di Stadium UPM, Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Zachary Hashym Arif Jones menjadi pelari pertama acara 4x400 campuran SUKMA Malaysia di Stadium UPM Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pelari Selangor, Muhammad Daniel Haqiem mengungguli saringan pertama acara 200 meter lelaki untuk mara ke final SUKMA Selangor di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pelari Selangor, Danish Irfan Tamrin mendukung Muhammad Daniel Haqiem yang mengalami kecederaan dalam pusingan akhir acara 200 meter lelaki di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor ketika acara 4x400 campuran SUKMA Malaysia di Stadium UPM Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Aksi atlet Sabah, Gerfan Nigel Frank ketika beraksi dalam acara akhir lompat bergalah lelaki pada temasya SUKMA Selangor 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 18 Ogos 2026. Beliau mencatatkan lompatan setinggi 4.55 meter. Foto BERNAMA
Atlet Johor (tengah) ketika acara 1500 meter lelaki SUKMA Selangor di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor memenangi pingat Gangsa dalam acara 4x100 meter SUKMA Selangor di Stadium UPM, Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Lim Mei Yin layak k pusingat akhir 200 meter SUKMA Malaysiadi Stadium UPM Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Pemanah Selangor, Nur Arissa Najlaa Fadzil Fairuz beraksii dalam acara Recurve 70 meter wanita pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Pemanah Selangor, Nur Leka Hariesya Zainal Habsahli beraksii dalam acara Recurve 70 meter wanita pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Pemanah Selangor, Nur Leka Hariesya Zainal Habsahli (kiri) bersua foto bersama pemenang selepas penyampaian hadiah acara Recurve 70 meter wanita pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Atlet wanita petanque pasukan Selangor kekal fokus mengatur strategi dan membuat lontaran tepat dalam saingan SUKMA Selangor 2026 di Arena Petanque Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 18 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR.
Atlet beregu tenpin boling Terengganu, Ahmad Hazim Syahmi beraksi dalam acara akhir beregu lelaki tenpin boling pada SUKMA 2026 di Sunway Megalanes, Subang Jaya pada 18 Ogos 2026. Foto BERNAMA.
Atlet skuasy Perak, Low Wa Sern (kiri) ketika beraksi menentang Nickhileswar Moganasundharam dari Selangor pada perlawanan akhir acara perseorangan lelaki SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Sukan Astaka (MBPJ), Petaling Jaya pada 18 Ogos 2026. Foto BERNAMA
Atlet Selangor Sasha Alyssa Philip membuat balingan ketika kejohanan lotar peluru SUKMA Selangor di Stadium UPM, Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Atlet Selangor Fahmi Harriz ketika kejohanan lompat jauh SUKMA Selangor di Stadium UPM, Serdang pada 18 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Aksi Pasukan kriket lelaki Selangor beraksi menentang pasukan Johor ketika SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Kriket Bayuemas, Klang pada 18 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Pasukan kriket lelaki Selangor memenangi pingat emas ketika SUKMA Selangor 2026 di Kompleks Kriket Bayuemas, Klang pada 18 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Skuad Selangor beraksi dalam perlawanan Kabaddi wanita akhir Selangor bertemu Wilayah Persekutuan pada saingan SUKMA 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Skuad Selangor meraikan kejayaan selepas menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan Kabaddi wanita akhir Selangor bertemu Wilayah Persekutuan pada saingan SUKMA 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Aksi sengit pasukan kabaddi lelaki Selangor ketika menentang Kedah dalam perlawanan akhir acara kabaddi lelaki pada SUKMA 2026 di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Skuad Selangor bergambar bersama pingat perak selepas penyampaian hadiah perlawanan Kabaddi lelaki akhir Selangor bertemu Kedah pada saingan SUKMA 2026 di Stadium INSPEN, Kajang pada 18 Ogos 2026. Foto YUSNI ARIFFIN/MEDIA SELANGOR
Aksi bertenaga skuad bola jaring wanita Selangor ketika berdepan Kedah dalam pusingan pertama saingan SUKMA 2026 di Stadium tertutup Kuala Selangor pada 18 Ogos 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR.