Pulut Semangat sepanjang 640 meter yang dihasilkan penggiat kulinari wanita Malaysia hari ini menerima pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records, sekali gus dinobatkan sebagai Jejak Warisan Pulut Semangat pertama dan terpanjang di Asia.
Pengiktirafan ‘Jejak Warisan Pulut Semangat Pertama dan Terpanjang dengan Hiasan Bunga Sayuran Ukiran Tangan’ itu membabitkan kira-kira 120 peserta wanita dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Johor, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Menggunakan kira-kira 1,200 kilogram beras pulut, karya berkenaan menampilkan pulut berwarna yang pada permulaannya disusun membentuk corak Jalur Gemilang, sebelum diikuti lapan baris pulut kuning sepanjang laluan berkenaan.
Lebih menarik, jejak warisan itu turut dihiasi corak bunga raya yang dihasilkan daripada pulut, selain hiasan bunga daripada sayur-sayuran yang diukir tangan, sekali gus mengetengahkan kreativiti, kemahiran serta warisan seni kulinari wanita Malaysia. Jurufoto Fikri Yusof merakamkan penghasilan Jejak Warisan Pulut Semangat berkenaan.
Peserta sedang menyediakan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
Peserta pelbagai bangsa bersama menyediakan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
Peserta sedang menyediakan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
Peserta sedang menyediakan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
Peserta sedang menyediakan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki (tengah) turut sama menyediakan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
Wakil Asean Records mengukur panjang pulut selepas selesai penyediaan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki (tengah) bersama peserta dan penduduk selepas penyediaan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026
Penyerahan plat Asean Records kepada peserta selepas penyediaan Pulut Semangat Malaysia Terpanjang bagi mencipta rekod asia di Taman Universiti Indah, Subang Jaya pada 31 Ogos 2026