IPOH, 9 JUN: Polis telah menerima satu rakaman video daripada kamera papan pemuka yang dipercayai merakam detik-detik awal nahas tragis membabitkan sebuah bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Awal pagi ini, negara dikejutkan dengan kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Gerik membabitkan sebuah bas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
GERIK, 9 JUN: “Saya hanya mampu lihat kawan-kawan meronta dan menjerit minta tolong… Ada yang tersepit dan ada yang terus senyap, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” itu cerita yang dikongsi seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
IPOH, 9 JUN: Proses bedah siasat 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan ngeri di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik awal pagi tadi dijangka siap pada 12 tengah malam ini.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Tragedi kemalangan bas sewa khas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak yang mengorbankan 15 nyawa mengundang reaksi sedih dan dukacita di seluruh negara.
GERIK, 9 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini awal pagi tadi.
SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan akan menyemak semula prosedur keselamatan dan cara pelajar menyewa bas selepas nahas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar yang telah meninggal dunia dalam kemalangan bas sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi ini.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.
IPOH, 9 JUN: Sekurang-kurangnya 15 maut dalam melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.
BOTA, 8 JUN: Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di sini, awal pagi ini.
KUANTAN, 7 JUN: Lima sekeluarga warga tempatan maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Jerantut Feri, Jerantut, tengah malam tadi.
KOTA BHARU, 6 JUN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka kertas siasatan terhadap syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan trak membawa 18 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 12 Mei lepas.
KUALA LUMPUR, 5 JUN: Seramai 33 pekerja warga asing cedera selepas bas kilang yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Jalan P/6, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.
Oleh Norhidayyu Zainal KUALA LUMPUR, 3 JUN: Sikap penunggang motosikal yang mengambil ringan terhadap aspek keselamatan tayar, sama ada dari segi bunga tayar, tekanan angin atau tahap kehausan boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya. Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya...
ALOR GAJAH, 2 JUN: Seorang pesara polis cedera di kepala selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini hari ini.
GUA MUSANG, 1 JUN: Sebanyak 19 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini hari ini.
KUALA KRAI, 31 MEI: Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan membabitkan jentera berat di sini petang tadi.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di hadapan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, tengah hari tadi.
KOTA KINABALU, 29 MEI: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke gaung di Kampung Moyog, Penampang dekat sini, malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.