Lori terbabas di Kuala Selangor, pemandu maut

24 Mac 2026, 3:06 AM
Lori terbabas di Kuala Selangor, pemandu maut
Lori terbabas di Kuala Selangor, pemandu maut

SHAH ALAM, 24 MAC: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Simpang Jalan Suara, Kampung Tambak Jawa, Kuala Selangor awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mangsa Taqiuddin Jamil, 38, dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas lori tiga tan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam parit.

Beliau berkata pihak menerima panggilan mengenai insiden itu pada 6.32 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 6.54 pagi, pasukan bomba mendapati seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan pemotong khas.

“Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 8.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.