Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di Kota Tinggi

19 Mac 2026, 3:49 AM
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di Kota Tinggi

SHAH ALAM, 19 MAC: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di laluan berhampiran simpang Felda Sungai Ara, Kota Tinggi, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi serta BBP Mersing dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Azlan Hamzah berkata kemalangan itu membabitkan sebuah Nissan Sentra dan Proton Saga.

“Seorang lelaki dan seorang wanita didapati tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selain itu, tiga lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.18 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.