Pemandu mabuk bunuh nyawa, EXCO gesa hukuman lebih keras

30 Mac 2026, 5:00 AM
Pemandu mabuk bunuh nyawa, EXCO gesa hukuman lebih keras

SHAH ALAM, 30 MAC: Hukuman lebih keras termasuk sebatan dan penjara maksimum perlu dikenakan terhadap pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah yang meragut nyawa, tegas EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri, V. Papparaidu.

Beliau berkata undang-undang sedia ada tidak lagi memadai dan perlu dipinda bagi memastikan pelaku menerima hukuman setimpal tanpa sebarang kompromi.

“Undang-undang mesti dilaksanakan tanpa kompromi dan jika perlu dipinda untuk hukuman lebih berat seperti sebatan serta penjara maksimum kepada pelaku,” katanya.

Desakan itu susulan nahas maut di Jalan Raya Barat, Klang yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, seorang bapa kepada dua anak kecil.

Papparaidu menegaskan tragedi seumpama itu bukan lagi kes terpencil, sebaliknya berulang kali berlaku dan kini menjadi isu serius keselamatan jalan raya.

“Nyawa rakyat tidak seharusnya menjadi taruhan kepada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak,” katanya.

Beliau turut menggesa tindakan lebih tegas dan penguatkuasaan diperketat bagi memastikan tragedi sama tidak berulang, selain meminta bantuan segera disalurkan kepada keluarga mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.