Dua maut dalam nahas dua kenderaan di Tanah Merah

18 Mac 2026, 12:49 AM
Dua maut dalam nahas dua kenderaan di Tanah Merah

KOTA BHARU, 18 MAC: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah Merah, Jalan Machang-Tanah Merah awal pagi tadi.

Komander Operasi PBK II Hamdan Abdullah berkata mangsa yang maut itu ialah seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 4.35 pagi mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu sebuah kereta Perodua Myvi yang melibatkan enam mangsa dan sebuah kereta BMW 5 Siri yang melibatkan seorang mangsa.

"Dua mangsa, iaitu penumpang kereta Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang lain selamat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.