Seorang maut, lima cedera kemalangan berhampiran R&R Puncak Titiwangsa

23 Mac 2026, 9:53 AM
Seorang maut, lima cedera kemalangan berhampiran R&R Puncak Titiwangsa

IPOH, 23 MAC: Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Puncak Titiwangsa menghala ke Jeli, Lebuhraya Timur Barat, JRTB Gerik – Jeli, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.24 pagi.

Menurutnya, seramai 17 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan BBP Jeli digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Perodua Ativa terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang, manakala sebuah kenderaan Kia Forte pula terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa dalam Perodua Ativa, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala tiga lagi cedera. Dua lagi mangsa yang menaiki Kia Forte turut mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua lima mangsa cedera dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.