PUTRAJAYA, 14 DIS: Nilai ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 14 DIS: Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
SHAH ALAM, 13 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.
KOTA BHARU, 13 DIS: Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut kenyataan amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi, manakala jumlah mangsa banjir di Perak, Pahang dan Johor tidak banyak berubah setakat petang ini.
KOTA KINABALU, 13 DIS: Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat solar di bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
PUTRAJAYA, 13 DIS: Anggaran kerugian sektor agromakanan akibat banjir setakat ini bernilai lebih RM177 juta, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Hujan berterusan selama empat hari dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Isnin depan (16 Dis).
SHAH ALAM, 13 DIS: Empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang.
KLANG, 13 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 3.0 dengan rampasan lebih 50,000 liter minyak.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 diluluskan.
SHAH ALAM, 13 DIS: Enam daerah negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Pasaran harta tanah kediaman negara pada suku ketiga merekodkan lebih 70,000 transaksi, tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan nilai hampir RM29 bilion, peningkatan 2.9 peratus dari segi bilangan dan 1.3 peratus nilai transaksi berbanding tempoh sama pada 2023.
IPOH, 13 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Situasi banjir di Perak, Johor dan Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan malam ini manakala di Pahang merekodkan peningkatan.
KOTA SAMARAHAN, 12 DIS: Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
KUALA LUMPUR, 12 DIS: Lorong kecemasan dan lorong perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) ditutup susulan kejadian runtuhan cerun.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.