ad

Pesta Pantai Bagan Lalang pacu sektor pelancongan, platform promosi produk tempatan

20 Sep 2025, 7:32 AM

SEPANG, 20 SEPT: Pesta Pantai Bagan Lalang yang memasuki penganjuran kali keenam menjadi acara penting untuk memacu sektor pelancongan negeri selain platform mempromosi produk tempatan.

Dato’ Menteri Besar berkata pesta tersebut membuka peluang kepada penduduk setempat memperkenalkan hasil tempatan seperti makanan tradisional serta buah-buahan untuk dikomersialkan, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, pesta pelancongan itu bukan sekadar melengkapkan kalendar sempena Tahun Melawat Selangor 2025, sebaliknya harus dimanfaatkan secara menyeluruh bagi menjamin keterhubungan, kelestarian dan kesejahteraan rakyat.

"Bagan Lalang mempunyai potensi besar untuk dihubungkan dengan komuniti Malaysia yang lebih luas serta komuniti ASEAN, lebih-lebih lagi apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025," katanya ketika merasmikan pesta berkenaan di Pantai Bagan Lalang di sini pagi tadi.

Amirudin berkata pentadbiran negeri komited memastikan infrastruktur pelancongan berada dalam keadaan baik selain menyediakan insentif baharu demi kelestarian aset semula jadi.

"Penganjuran pesta ini harus menjadi pemangkin agar Pantai Bagan Lalang terus terjaga, bersih dan indah supaya kekal menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Secara tidak langsung ia menyuntik semangat semua pihak agar bersama-sama memastikan sumber alam yang dimiliki terus terpelihara," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 4,114,473 pelancong berkunjung ke Selangor sehingga Jun, sekali gus dalam sasaran untuk mencapai lapan juta pelancong pada tahun ini.

“Bagi daerah Sepang sahaja, kehadiran pelancong mencecah 624,794 orang. Pesta kali ini kita sasarkan 20,000 pengunjung, " katanya ketika merasmikan pesta berkenaan di Pantai Bagan Lalang di sini pagi tadi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.