ad

21 motosikal musnah dalam kebakaran

21 Sep 2025, 3:44 AM
21 motosikal musnah dalam kebakaran
21 motosikal musnah dalam kebakaran

SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 21 motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan dua premis di Jalan Transfer, Georgetown, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata panggilan diterima pihaknya pada jam 4.20 pagi, lapor portal Harian Metro.

Katanya, tugas berkenaan membabitkan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai termasuk dengan bantuan BBP Bagan Jermal, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kedai runcit dan bengkel motosikal iaitu premis dua tingkat jenis kekal.

"Pasukan penyelamat mengambil masa hampir 30 minit bagi mengawal api daripada merebak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut John Sagun berkata, kedai runcit dan bengkel motosikal itu masing-masing mengalami kemusnahan sebanyak 40 dan 70 peratus.

"Sebanyak 21 motosikal yang diletakkan di bengkel itu musnah sehingga 80 peratus.

"Kejadian itu tidak membabitkan mangsa atau penghuni dan punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya lagi. Operasi ditamatkan pada jam 7.57 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.